Tuesday, January 25, 2011

Peraturan Pertandingan




untuk maklumat lanjut sila email kepada kidsartsday11@gmail.com. Atau hubungi
Emily Jarit 0149292877
Nor Azurin 0139950208
PENAUNG
Prof. Dr . Saedah Siraj
Dekan Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

MENTOR / PENASIHAT
Prof. Madya Dr. Mariani Bte Md Nor
Mentor Persatuan PAKK

PERASMI
Prof Dato Chiam Heng Keng

TEMPAT
Auditorium Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya

TARIKH
12 Februari 2011

PENYERTAAN
Kanak-kanak dari TASKA, TADIKA DAN PRA SEKOLAH sekitar Kuala Lumpur,
para Pendidik Awal Kanak-Kanak dan ibu bapa.(400 orang)

Objektif

Mendedahkan kepentingan seni yang dapat menyumbang kepada perkembangan yang terbaik untuk kanak-kanak.

Mencungkil bakat kanak-kanak dalam beberapa acara berkaitan seni seperti mewarna, tarian dan sebagainya.

Sebagai kajian untuk melihat persepsi masyarakat mengenai seni dalam perkembangan kanak-kanak.

Melahirkan pelajar fakulti Pendidikan yang berketrampilan dan menyerlah dalam pengurusan sesuatu acara.

Pengenalan

Kids’ Art Day merupakan satu program mega yang dianjurkan oleh Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan merupakan satu usaha yang murni dalam memperkembangkan lagi bakat seni kanak-kanak. Seni yang dilihat sangat meluas konteksnya kerana definisinya bukan sahaja pada bakat yang ditonjolkan malah turut menyumbang kepada perkembangan kanak-kanak secara holistik. Di samping itu, projek ini juga adalaah untuk merapatkan hubungan di antara warga pendidik awal kanak-kanak dengan ibu bapa dan kanak-kanak.

Tema pada kali ini merupakan “Kids Colour The World” yang membawa pelbagai maksud yang tersirat dan tersurat. Hal ini kerana, dunia kanak-kanak adalah berbeza dengan dunia orang dewasa. Hidup mereka sentiasa dipenuhi dengan warna-warni kecerian dan kegembiraan. Maka apabila kanak-kanak gembira, mereka akan seronok untuk belajar perkara baru. Maka di sinilah merupakan platform untuk kanak-kanak menimba ilmu di samping mencungkil bakat yang terpendam. Selain itu juga, program ini memberi pendedahan kepada golongan ibu bapa serta pendidik awal kanak-kanaak mengenai kepentingan seni kepada perkembangan holistik kanak-kanak iaitu perkembangan fizikal, bahasa dan komunikasi, sosioemosi, moral dan kreativiti serta kognitif.

Penganjuran seperti ini secara tidak langsungnya dapat memberikan pengalaman baru kepada pelajar-pelajar Pendidikan Awal Kanak-kanak mengenai satu komponen penting dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan iaitu komponen Kreativiti dan Estetika. Pada hari berlangsungnya program ini, terdapat juga gerai-gerai yang akan mengadakan aktiviti seni dan permainan seperti ‘Sand Art’, permainan Lego dan sebagainya. Diharapkan program ini menjadi landasan kepada mahasiswa yang berketrampilan bukan sahaja dari segi mendidik malah juga dari segi pengurusan sesuatu acara.