Kids’ Art Day merupakan satu program mega yang dianjurkan oleh Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan merupakan satu usaha yang murni dalam memperkembangkan lagi bakat seni kanak-kanak. Seni yang dilihat sangat meluas konteksnya kerana definisinya bukan sahaja pada bakat yang ditonjolkan malah turut menyumbang kepada perkembangan kanak-kanak secara holistik. Di samping itu, projek ini juga adalaah untuk merapatkan hubungan di antara warga pendidik awal kanak-kanak dengan ibu bapa dan kanak-kanak.
Tema pada kali ini merupakan “Kids Colour The World” yang membawa pelbagai maksud yang tersirat dan tersurat. Hal ini kerana, dunia kanak-kanak adalah berbeza dengan dunia orang dewasa. Hidup mereka sentiasa dipenuhi dengan warna-warni kecerian dan kegembiraan. Maka apabila kanak-kanak gembira, mereka akan seronok untuk belajar perkara baru. Maka di sinilah merupakan platform untuk kanak-kanak menimba ilmu di samping mencungkil bakat yang terpendam. Selain itu juga, program ini memberi pendedahan kepada golongan ibu bapa serta pendidik awal kanak-kanaak mengenai kepentingan seni kepada perkembangan holistik kanak-kanak iaitu perkembangan fizikal, bahasa dan komunikasi, sosioemosi, moral dan kreativiti serta kognitif.
Penganjuran seperti ini secara tidak langsungnya dapat memberikan pengalaman baru kepada pelajar-pelajar Pendidikan Awal Kanak-kanak mengenai satu komponen penting dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan iaitu komponen Kreativiti dan Estetika. Pada hari berlangsungnya program ini, terdapat juga gerai-gerai yang akan mengadakan aktiviti seni dan permainan seperti ‘Sand Art’, permainan Lego dan sebagainya. Diharapkan program ini menjadi landasan kepada mahasiswa yang berketrampilan bukan sahaja dari segi mendidik malah juga dari segi pengurusan sesuatu acara.
No comments:
Post a Comment